Pengikut Blog Kering =p

Showing posts with label Merepek. Show all posts
Showing posts with label Merepek. Show all posts

Tuesday, October 25, 2011

Trend berblogging sekarang..haiihh...

Topik ni saje je aku bangkitkan.. nak tengok berapa ramai setuju atau tidak, suka atau tidak ngan leteran dan merapu aku nih.. tapi ni untuk kebaikan korang gak ,dan juga sebagai pengajaran untuk memperbaiki mutu berblogging sesama kita.. bukan aku nak kata aku power dalam berblogging, tapi sebagai rakan blogger, aku harus utarakan pendapat aku nih.. dunia internet memang tanpa sempadan kan?haa...

ok, aku ade dua je situasi dan perkara yang nak dibebelkan.. korang nilai dan faham sendiri ye.. antaranya :


:: Bubuh lagu kat blog ::
bukan nak poyo, tapi dulu-dulu aku ade gak buat macam ni.. haha.. bila bukak je blog aku, mule la memekak sana sini, merapu situ sana ngan lagu yang memekak dan menyampahkan telinga.. skarang, aku dah buang, atas nasihat seorang blogger yang cukup aku sanjung.. situasi di sini, 'perlu ke letak lagu kat blog korang?' haaa... bagi aku, macam dah tak perlu langsung dah.. kenapa? haa.. 1 nye, memekakkan telinga.. andai kata aku kena jengah 10blog dalam masa yang sama, bukak 'in new tab', dan kesemua blog tu ade lagu, so ape jadi?haaaa.. serabut kan? sooo, tak perlu pun lagu tu.. lagi satu, walaupun tak bukak 'tab' banyak-banyak, tapi 1blog tu ade lagu, tapi lagu yang menyampah untuk kita dengar, so, memang teros pangkah je page tu kan?hahaa.. dan satu lagi.. haaa... membubuh lagu AKAN MENGURANGKAN PENAMBAHAN FOLLOWER.. percaya la.. ramai diantara blogger tak suka nak add blogger yang bubuh lagu kat blog nya, sebab nanti bila dah follow, bila nak blogwalking, mula laa dengar lagu memekik sana sini.. so, baik takyah letak lagu kan?haha.. panjang nye bebelan aku.. :p


:: Suruh follow ::
ni yang paling aku tak berkenan.. bila aku jengah blog blogger nih, mintak follow.. bila komen kat chatbox aku, mintak follow back.. bukak group blogger kat FB, ayat memaksa follow.. perghh.. geli betol.. berblogging ni bukan nak kejar follower.. tak perlu pun.. macam aku, dah nak 3tahun berblogging, baru je 500++ follower, sedangkan ada yang ribu riban follower tapi tak femes pun.. sebab? mintak orang follow.. tak perlu la kot buat macam tu.. nak follow, kene ikhlas, sedap mata memandang dan membaca isi blog tu.. blog aku tak power pun luar dalam, so sape minat, aku alu-alukan.. sape tak minat, tak paksa.. sekadar blogwalking pun kira ok.. tu pun salah satu konsep berblogging kan? haa.. dan, satu lagi. berblogging bukan nak kejar income, tapi kejar kepuasan berblogging.. sape yang ade feel betol-betol dalam berblogging, kompem tau cemane rasenye.. ;)



ok, aku rase cukup sampai tu je bebelan aku.. takleh banyak-banyak, nanti blog ni kene banned..haha... so, kepada korang-korang di luar sana, pertimbangkan la ape yang aku nasihatkan ni ye.. sebagai pengajaran dan titik ubah peningkatan kita dalam berblogging.. jadi, selamat berblogging, bloggers! =)




p/s : lama gila tak bebel panjang-panjang. haha.. :p

yang merapu meraban :



Friday, September 9, 2011

Cukai Topup 6%?? Ape Merepek Semua Ni????

Ni yang paling aku tak suka... pagi-pagi bile nak baca suratkhabar je, dah tejumpe mende yang tak seronok macam ni.. ape motif dorang wat camni?? ape keseronokan dorang wat camni?? APE??

kenape mesti nak wujudkan cukai sampai 6% kat kad topup?? ape gile ke?? Gov ni tak tau ke yang company telco ni dah cukop kaye walaupun takde tax nih sebelum nih? ke, nak join sekaki dapat untung?? ha,cube cakap.. cube bagi alasan yang munasabah kat rakyat.. rakyat taknak jawapan ayat baku.. rakyat nak jawapan yang leh difaham, nape mesti ade cukai kat kad topup???

aku marah... ape motif dorang wat semua ni pada waktu yang macam ni.. maksud?? dah nak pilihanraya kan.. so, korang dan korang dan korang!! pikir la sendiri, pikir balik, ape perlunya korang wat semua nih.. tak tengok ke, NGO, Persatuan Pengguna dan termasok budak-budak sekolah yang rata-ratanya menyumbang dari keseluruhan keuntungan topup-topup nih, tengah semangat nak bantah 6% nih.. ape perlunya?? macam senang sangat je Gov setuju ngan permintaan syarikat telco tu... ye, aku pakai prepaid.. dan aku pakai 2nombor.. dan kalau ade cukai yang macam ni, memang sangat membebankan aku...bukan aku je, tapi lebih 21juta rakyat Malaysia ni merungut! dah la rate mahal, tu pun tak puas hati lagi nak dapat untung puluh juta bagai... mengarut semua ni...

gile pe! takkan terdesak sangat sampai nak komplot ngan company telco carik untung?? hadooiihh.. entahla.. tak penah-penah aku mencarut-carut kat blog aku nih, tapi bile da jadik camnih, kotor gak akhirnya blog aku ngan mende mengarut macam ni.. dah la postpaid dah kene cukai, ni nak jadikan topup pun ade cukai.. Bullshit la ni semua... tau tak..





so, pada korang, ha, ni la agaknye balasan bila SUKA sangat pilih yang korang suka.. so, pandai-pandai la wat pilihan lepas ni.. memang aku tak tau ape asal usul nape dorang wujudkan cukai mengarut nih, tapi tak perlu pun ade cukai macam ni kalau dah sedia kaya.. pikir-pikirla...




p/s : kompem topup abis sebelum 15hb ni...

yang merapu meraban :