Pengikut Blog Kering =p

Thursday, September 22, 2011

Sudahkah anda mencintai dia? =')

Pabila rongga telinga mula sayup-sayup terdengar indahnya lirik suatu lagu ini, ianya terus terdakap di hati.. tiba-tiba, air mata ini mengalir.. sambil menyanyi bersama.. huh.. diri ini sangat jauh telah meninggalkan dia.. sangat jauh melupakan perlunya menyayangi dan mencintai dia..

Dia senantiasa mengingati diri kita semua.. Dia sentiasa merisaukan tentang diri kita semua.. Dia senantiasa mendoakan ke atas diri kita.. walaupun Dia sudah lama tiada.. Dia senantiasa menangis mengingati dan merisaukan tentang diri kita...




siapa Dia?




Dia ialah Rasulullah s.a.w., Nabi junjungan kita.. Seorang hamba dan kekasih Allah s.w.t. yang senantiasa mengangkat tinggi darjat kita sebagai ummatnya, yang senantiasa memuliakan diri kita sebagai ummat nya, yang senantiasa menangis, risau akan nasib diri ummat nya apabila beliau sudah tiada... akan tetapi.. apa yang telah dan akan kita lakukan terhadap apa yang telah Baginda lakukan? sangat-sangat lah jauh terasa akan diri ini.. tertinggal jauh untuk menyayangi dan mencintai diri Baginda yang Agung..

sentiasa mengalir air mata ini, pabila lagu ini melalui memasuki rongga telinga, terus ke hati.. dan ianya amat-amat menusuk hati dan fikiran ini, bahawa diri ini, sudah mula lupa untuk mencintai Dia..





Subhanallah.. =')







2 comments:

kuyam said...

sgt rindukan Rasulullah...tnpa baginda siapa lah kita hari ini...

shahrul said...


yup..betul tu... ;)