Pengikut Blog Kering =p

Tuesday, November 1, 2011

Selamat Jalan, Sahabat ku.. ='(

baru sampai ofis (sekolah) pagi tadi, baru je turun dari motor, then perasan phone bebunyi.. ah, ni kompem la ade cikgu yang carik aku nak mintak tolong repair itu ini nih.. aaih, wat tak tau sudah.. tapi bila 1 lagi phone aku berbunyi, dengan pantas aku sambar phone..


Adik : bang, anah nak gitau ni....

Aku : ha, ape die?

Adik : kawan abang tu da meninggal, pagi tadi..

Aku : innalillahiwainnailahirojiun... :( em,ok2 la, maseh...bai..


seorang sahabat terhebat ku di zaman persekolahan, Syafiq telah selamat pulang ke Rahmatullah, awal pagi tadi.. nape adik aku yang sampaikan berita? em, aku tau berita arwah eksiden, lepas perasan kat wall member, dia tak abis-abis kata 'selamatkanlah sahabatku', so aku curious, nak tau ape die.. last-last, aku dapat tau, dia cakap pasal arwah.. dan-dan lak kat status dia, ade tulis Sunway Medical Centre, tempat adik aku keje... cepat-cepat aku mesej adik, mintak tolong carikan, kat mane arwah ada sekarang.. adik aku gitau, arwah ada kat ICU, kritikal, teruk, luka sana sini, oksigen yang diguna, yang besar nye tu..

aku dah tak sedap hati, tapi aku tetap doakan arwah selamat.. tu kes semalam... tapi bila dapat berita dari adik start nak masok keje tadi... hati ni tersentap.... memang,memang dah lama aku tak jumpa arwah, dah tak rapat, dah tak gila-gila ngan arwah macam kat skolah menengah dulu.. tapi arwah tetap sorang kawan yang kelakar, serius, dan macam-macam lagi, yang bagi aku, dia la yang patut menjadi ketua dalam kelas, bukannya aku.. penah fly dari skolah, teros gi Ulu Yam, masok port yang terlarang, mandi air terjun yang boleh terjun nye, konvoi moto ramai-ramai... zaman sekolah aku yang nakal... tapi skang, dah jauh, kekangan masa, memang tak dapat nak jumpa.. apatah lagi aku ni penyegan sikit ngan arwah, bila dah lama tak jumpa...

siapa yang tak menghargai sahabat... yang dah berjuang sama-sama, fail sama-sama, nakal sama-sama.... nak menangis, tapi itu tak perlu.. tak elok meratap pemergian orang dalam tangisan.. aku cuba tahan... tapi, setiap kali aku tahan, kenangan dengan arwah sentiasa ada dalam fikiran ni.. huh...

Muhammad Syafiq Sharudin, aku doakan kau, selamat di sana. Senantiasa dicucuri rahmat olehNya. Kau ditempatkan bersama orang yang soleh dan beriman... Kenangan kau dan kami semua, akan kami ingat sampai hujung nyawa kami juga... Amin... ='(




p/s : tak dapat pergi tengok arwah buat kali terakhir. keje jauh.. :(

yang merapu meraban :




5 comments:

ame elms ! said...

Al-Fatihah . semoga beliau ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman disana .

sama sama laa kita doakan arwah ya .

♥ nur zaa ♥ said...

al-fatihah...

Mr. J said...

Turut bersimpati .

Salam kenal,
Mr J
http://wwww.pengeRindu.com

.:"|i|.|in|"?:. said...

RIP Syafiq. You were a good friend :')

shahrul said...


Terima kasih semua... :')