Pengikut Blog Kering =p

Thursday, June 23, 2011

Selamat Hari Lahir Untuk Saya.. =')



*kisah ini adalah hasil imaginasi aku, tetapi hampir sama seperti yang diceritakan* =p


Tepat jam 5.28petang, 23Jun 1988 bersamaan 9 Zulkaedah 1408 Masihi, hampir-hampir senja, di Hospital Assunta Petaling Jaya, lahirlah seorang bayi lelaki ciptaan Allah SWT yang Maha Kaya... lahirlah seorang bayi yang putih gebu, menceriakan suasana Mak dan Ayah, bila satu-satunya bayi lelaki mereka lahir dengan cukup sempurna.. tidak terbayang raut wajah Mak dan Ayah pada ketika itu walaupun tidak dapat dilihat dan diluahkan dengan kata-kata..

menangis merengek-rengek selepas tali pusat dipisahkan dari nyawa Mak, laungan azan berkumandang di telinga bayi ini.. tenang suasana, suara nyaring bayi sayup-sayup perlahan hilang.. Ayah mula mencari telefon awam, menelefon arwah Atuk Aji (ayah kepada Ayah), memberitahu berita gembira yang tidak terkata ini.. "Wak, dapat anak lelaki Wak... apa nak dibagi namanya ni ye Wak?" *Wak=panggilan ayah dalam suku Jawa* Dalam samar-samar Ayah mendengar.. maka, lahirlah nama SHAHRULLAIL dinamakan pada bayi ini, yang sepatutnya, diberi nama ZAHRULLAIL oleh arwah Atuk Aji tetapi kurang didengar..





"BULAN MALAM" itu adalah SHAHRULLAIL... dan kini, genap umur 23tahun pada tarikh 23JUN, bayi yang telah dewasa ini akan terus menunaikan tanggungjawab menjaga dan menyayangi keluarganya, kawan-kawannya, saudara mara nya dan terus berjaya dan berjaya...


TERIMA KASIH MAK, AYAH,
KERANA MELAHIRKAN AYAI... =')




nak snek? kat SINI ade.. :P

nak internet laju?? kat SINI ade juge.. :P



p/s : Selamat Hari Lahir untuk diri aku.. air mata gembira taknak stop.haha.. =')

yang merapu meraban :




7 comments:

hunnyAPIS said...

eppi birthday...semoga pjg umo n murah rezeki!!!

cekkeya said...

hepi besdayyy, dik! ;)

difficult easy. said...

happy birthday. :))

nang dari innit.

Bazilah said...

happy birthday!

hamzah ian said...

birthday ko eh..

selamat lahir okeh

HAFIZAL said...

comel gambor masa kecil....hehehe...sy tak ada gambar masa kecil

shahrul said...


Terima kasih semua.. =)